Thursday, 27 September 2018

Ijazah Sarjana Ekonomi UiTM / Degree in Economics UiTM (BA250)

             Assalamualaikum semua. Alhamdulillah, dpt kembali mengemaskini blog sebab sebelum ni sgt lah sibuk dgn kolej dan pelajaran. Kali ni nk update pasal kandungan kursus Degree Ekonomi UiTM. Kepada pelajar lepasan diploma/asasi UiTM, diploma Uni lain-lain, lepasan STPM dan Matriks nk sambung di IPTA atau IPTS mesti tertanya2 nk sambung program degree apa nanti. Kalau boleh saya recommend kpd kakak2 dan abg2 sambung dalam program ijazah ekonomi di UiTM. Nama penuh kursus ijazah ini adalah Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) Ekonomi Perniagaan atau nama englishnya Bachelor in Business Administration (Honours) Business Economics. Ijazah ni dianggap quite killer jugak course kat fakulti pengurusan perniagaan bersama2 dgn course finance, islamic banking dan investment yg dianggap killer. Tetapi kalau minat gila, insyaallah boleh, tk pernah lagi pelajar ekonomi UiTM tak lepas graduate degree. Kalau ade pun, pemalas nampaknya. Baik tak payah sambung degree. Kan??. Hehehe. Ekonomi bidang paling senang nk dpt kerja kerana semua bidang kau boleh bolot like area finance, banking, investment mcm course finance yg mudah dpt keje jugak cuma ekonomi fokus aggregat berskala besar tidak seperti course finance yg lebih fokus kpd wang, perakaunan dan company.

          Kalau budak diploma UiTM dan asasi UiTM mesti dah tahu mcm mana kitaran akademik sepanjang pengajian di UiTM. Haah, ni ditujukan kpd budak STPM, STAM, Matriks, diploma Uni lain. Ijazah ekonomi UiTM mempunyai 6 semester dalam 3 tahun jeee. Setiap semester ada 14 minggu pembelajaran jika anda mengambil degree sepenuh masa, 2 minggu cuti pertengahan semester dan satu cuti ulangkaji iaitu lepas anda berhempas pulas belajar sepanjang 14 minggu sebelum nk take final exam. Untuk pengetahuan juga, syllabus, buku dan final exam subjek yg akan belajar akan berubah² mengikut semester dan tahun ikut keputusan fakulti dan senat/majlis uitm. Cthnya, kertas CTU553 tiada kertas peperiksaan akhir  bermula pada semester September 2012 - January 2013 digantikan dengan ujian dan pentaksiran berterusan. 

          Untuk pengetahuan juga, bermula sesi September 2018 - January 2019. Struktur subjek sudah diubah 50% bermaksud subjek elektif telah perkenalkan dan some subjek sudah dibuang kerana tidak sesuai dgn peredaran persekitaran pekerjaan selepas anda graduate.

           Haaaaa, yg ni ditujukan kpd pelajar lepasan diploma/asasi UiTM. Mesti korang pernah dengar PENGECUALIAN KREDIT. Pengecualian Kredit insentif paling special untuk pelajar lepasan UiTM yg nak masuk ijazah. Budak selain UiTM memang takkan dpt, maaf lah ye. Untuk dptkan maklumat lanjut, tengok entries PC seterusnya.



Senarai kandungan subjek Ijazah Sarjana Ekonomi Perniagaan UiTM :

 Petunjuk :

*   Subjek bertanda bintang shj ade pengecualian kredit      
-   Subjek Elektif (Pilih mana2 subjek yg diminati)
      


SEMESTER 1

👉 Co-Curriculum 1*
Subjek ni ialah subjek bukan akademik. Pelajar diwajibkan memilih mana² kesukaan badan beruniform masing² spt yg dinyatakan di dalam entries. Jika nk masuk badan beruniform kesatria negara, anda boleh tukar di sem 2. Tetapi jika badan beruniform lain, anda kene survive sehingga sem 3. Penerangan lebih details tengok entries blog kokurikulum sebelum ni.

👉 Third language 1 - Arabic (TAC401) atau Mandarin (TMC401)*
Anda akan belajar benda baru mengenai bahasa ketiga dan dpt kebaikan dari belajar subjek ni cth melancong atau menyambung pelajaran ke mana² negara. Biasanya sem 1 akan belajar grammar dan percakapan seharian. Sebenarnya saya listkan dua subjek bahasa kat atas sbb course ekonomi hanya offer dua bahasa sebenarnya byk lagi tak terkira bahasa ketiga tapi di UiTM cawangan lain, kalo anda beruntung.

👉 Islamic and Asian Civilization (CTU551)*
Subjek ni anda belajar tamadun Islam dan tamadun Asia seperti kerajaan Islam khalifah, pemikir tokoh Islam, tamadun China, tamadun India dan sejarah Islam Melayu

👉 Intermediate Financial Accounting and Reporting (ACC406)*
Subjek ni anda belajar mengenai perakaunan kewangan dan pelaporan spt buat lejer, jurnal, debit kredit, imbangan duga, penyata pendapatan dan kunci kira-kira.

👉 Business Law (LAW416)*
Bagi budak lepasan diploma FBM, subjek inilah dianggap horror dan killer dlm Faculty of Business Management. Tapi tak perlu risau sebab ade PC jika hang dpt gred C. Malang bagi budak non UiTM, subjek ni akan belajar undang² perniagaan spt kontrak, jualan barangan, agensi perkhidmatan, cheques, sewa beli barangan, partnership dan company. Anda mesti menghafal byk Akta dan kes² yg berkaitan dgn tajuk yg dinyatakan. Tapi untuk course degree format soalan lain dgn diploma. Dengar cite, lagi horror. Nasib dah ambik time diploma. Berhati-hati, subjek ni akan menghantui anda.👻


👉 Principles and Practices of Marketing (MKT420)*
Subjek ni anda akan belajar pemasaran sesuatu barangan itu. Anda akan spt mengetahui strategi pemasaran, harga pemasaran, tingkah laku pengguna dlm pasaran dan operasi pemasaran.


👉 Principles and Practices of Management (MGT420)*
Subjek ni kita akan belajar prinsip pengurusan dlm company atau sesuatu organisasi yg wujud. Cth kempimpinan utk mengurus syarikat, mengurus staff dan mengurus tingkah laku sesuatu manusia dlm organisasi.

👉 End User Applications (ASM452)
Subjek ni paling favorite bagi saya kerana anda akan belajar Microsof Powerpoint, Excel dan  Words. Tak sia2 ambik subjek ni. Nampak je anda pro semasa diploma/asasi tapi membuat lagi level dewa pro jika ambik subjek ini. Tiada final exam. Semua akan diuji melalui pentaksiran dan test.



SEMESTER 2

👉 Co-curriculum II*
Sambungan dari sem 1 kpd pelajar ko kesatria yg ingin meneruskan ko bukan badan beruniform, anda boleh memilih mana² ko yg anda suka spt memanah, bola sepak dan byk lagi saya malas nk nyatakan. Utk pelajar ko kesatria yg ingin meneruskan kesatria jugak boleh tapi dgn syarat anda mesti meneruskan sehingga sem 3. Utk pelajar ko badan beruniform selain kesatria, anda dilarang tukar atau keluar ke ko lain dan mesti meneruskannya sehingga sem 3. Penerangan lebih details tengok entries blog kokurikulum sebelum ni.

👉 Third language 2 - Arabic (TAC451) atau Mandarin (TMC451)*
Sambungan dari sem 1, anda akan belajar tahap yg lebih tinggi sedikit seperti sambungan ayat, buat soalan dan jawapan dlm bahasa yg diambil. Biasanya tk susah pun, cuma kene dah tulis panjang sedikit. 

👉 English for Critical Academic Reading (ELC501)
Subjek ni advance lagi daripada ELC dulu bagi budak lepasan dip UiTM. Subjek akan fokus kebolehan pelajar untuk membaca secara kritikal dan kritis terhadap sesuatu isu yang diketengahkan.

👉 Economics (ECO415)*
Subjek ni anda akan belajar ekonomi yg berskala kecil seperti penawaran dan permintaan, kuasa pengguna, aliran pasaran barang pengguna dan jenis² pengaruh pasaran pengguna dan juga meneroka dunia ekonomi yg berskala besar spt struktrur ekonomi negara, mata wang, Bank Negara Malaysia, imbangan pembayaran negara, akaun² kerajaan dan ekonomi antarabangsa.

👉 Financial Management (FIN420)*
Subjek ni mengira 95% dan menghafal 5%. Subjek ni anda akan belajar kewangan syarikat spt pengiraan bajet tunai, nisbah syarikat, saham syarikat seperti bonds, kertas sekuriti dan saham yg berkaitan, loan dan kos order barangan syarikat. Byk formula kene hafal. Huhu.

👉 Introduction to Operations Management (OPM530)*
Subjek ni anda akan mempelajari pengurusan operasi dlm sesuatu organisasi, kebanyakkan focus kpd operasi pembuatan dan perkilangan spt kos pengeluaran barangan, upah pekerja, bahan utk barangan dan byk lagi. Subjek ni seimbang 50% mengira dan 50% menghafal.

👉 Human Resource Management (HRM533)*
Subjek ni lebih kepada pengurusan sumber manusia dlm syarikat spt pengambilan pekerja, latihan pekerja, undang² pekerja, keselamatan pekerja dan hubungan industri pekerja atau majikan dan kesatuan sekerja.

👉 Statistical Methods (ECO541)
Subjek ini anda akan meneroka matematik probability dalam menentukan outcome dan future. Subjek fully matematik dan byk guna formula. Penting kpd sesiapa yg mahu bekerja dlm area ekonomi ramalan dan ekonomi pelaburan. Subjek ini byk menggunakan software SPSS statistik penting untuk analisis data ekonomi dlm assignment nanti.



SEMESTER 3

👉 Co-curriculum III*
Sambungan sem 2. Inilah ko terakhir anda, selepas itu anda akan bebas dari Kokurikulum. Biasanya anda akan mendapat sijil tamat ko mengikut cawangan UiTM. Penerangan lebih details tengok entries blog kokurikulum sebelum ini.

👉 Third Language 3Arabic (TAC501) atau Mandarin (TMC501)
Sambungan dari sem 2 bagi budak yg tak ambik lagi subjek bahasa dan sambungan utk budak UiTM dari sem 2 diploma. Haaa, budak dip UiTM, korang kene ambik semula. Subjek ini sama mcm level 2 tak de lah susah mana pun. Cuma tajuk baru je akan dipelajari. Mcm biasa spt level 1 dan 2, tiada final exam.

👉 English for Oral Presentations (ELC590)
Subjek quite baharu bagi budak lepasan dip. UiTM kerana subjek ni anda akan melakukan pentaksiran lisan melalui pembentangan sesuatu isu yang diketengahkan oleh pelajar. Tiada final exam.

👉 Personal Financial Planinng (FIN533)
Subjek ini anda akan mempelajari perancangan dan pengiraan kewangan peribadi seperti cukai pendapatan, insurans, penyata kewangan keluarga dan lain2. Tidak spt subjek finance dulu bagi pelajar lepasan dip. FBM. kerana finance dulu melibatkan syarikat.

👉 Intermediate Microeconomics (ECO539)
Subjek ini adalah sambungan Microeconomics level tinggi bagi pelajar lepasan dip. FBM. Memang susah advance kerana byk graph dan penerangan theory yg perlu dihafal. Subjek ini anda akan mempelajari benda baru spt Isocost, Isoquant, Indiference Curve, Oligopoly market equilibrium dan byk lagi lah. Nk cerita, takut korang yg tak paham. Hehe.

👉 International Economics (ECO561)
Subjek ini anda akan meneroka dunia ekonomi antarabangsa, theory ekonomi dagangan, imbangan dagangan, persaingan ekonomi dan export import.

👉 Introduction to Interactive Multimedia (CSC413) dan Principles of Nutrition (NAD401)-
Subjek CSC413 anda akan mempelajari ilmu multimedia meliputi pengeditan imej, penghasilan video dan pengolahan grafik multimedia menggunakan perisian komputer. Subjek NAD401 mempelajari pemakanan, nutrisi makanan, diet makanan dan berkaitan dgn makanan lah. Malas nk explain.


👉 Exercise Physiology (PHT485), Experimental Construction (ADE444), Southeast Asian Affairs (ADS560) dan Management of Business Records (IMR652) -
Subjek PHT485 mempelajari fisiologi jasmani kesihatan manusia. Quietly hampir sama dgn subjek PJK semasa kat sekolah. ADS560 akan mempelajari geopolitik ASEAN. Dua lagi kod saya tk tahu kandungan subjek. Saya ambil subjek PHT485 tapi subjek ni saya dan rakan-rakan yg lain terpaksa digugurkan kerana tak de lecture nk ajar sebab UiTM Palam memang susah nk dpt lect elektif. Jadi ade dua subjek yg menggantikan semua kod di atas yg menerima nasib malang jugak :

       👉 Animation History and Technology (FAC412), Malaysian Cinema (FDC411), Fashion Styling (ADE464) dan Actions and Sport Photography (ADE474)-
Saya ambik FDC411 sebab boleh buat filem badang 2 alif syukri. Hahaha. Korang kene bersiap sedia, kdg2 subjek elektif memang bermasalah nk register sebab tak de lect or tak wujud kls tu.



SEMESTER 4

Perincian some subjek akan diterangkan pada masa hadapan

👉 Hubungan Etnik (CTU533)
Subjek ini mempelajari konsep hubungan etnik di Malaysia, perlembagaan dan masyarakat majmuk di Malaysia ini. Subjek quitely seronok selepas kerajaan Pakatan menang PRU ke 14. Korang tunggu. Subjek tiada final exam.

👉 Principles of Entrepreneurship (ENT530)
Subjek ni anda akan mempelajari prinsip kesusahawanan spt strategi kesusahawanan, ciri² usahawan, perniagaan yg berkaitan dgn kesusahawanan dan byk lagi. Subjek ini tiada final exam mulai sesi Septmeber 2017 - Disember 2018, anda kene melakukan laopran kajian kes mana² usahawan dan perancangan business plan dari hasil kajian tu. Bukan setakat tu juga, anda kene buat media sosial assignments untuk jual barang business. Bagi budak lepasan dip. UiTM, jgn ingat subjek ini ade PC. Nampak sama dgn ENT300 dulu cuma korang kene jual brg wujud nyata dan daftar dgn Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Bersiap-sedialah.

👉 Intermediate Macroeconomics (ECO557)
Subjek ini adalah sambungan Macroeconomics level tinggi bagi pelajar lepasan dip. FBM. Memang susah advance kerana byk graph dan penerangan theory yg perlu dihafal sama spt ECO539. Subjek ini akan meneroka theory classical, keynesian, monetarist dan counterevolution terhadap interest, money dan banking sistem. Subjek ini dianggap killer dlm degree ekonomi jugak lah.

👉 Business Analytics (MGT555)
Subjek ini meneroka bidang analisis perniagaan, yang telah ditakrifkan sebagai penggunaan data yg luas dlm perniagaan, iaitu analisis statistik dan kuantitatif, deskriptif, ramalan dan preskriptif. Penggunaan Excel dan software Tableau sebagai alat analitik dan visualisasi untuk menyokong analisis perniagaan akan dipelajari. Selain itu, penggunaan data mining terpilih untuk situasi membuat keputusan perniagaan juga digambarkan. Subjek ini sgt relate dan kesinambungan subjek Statistical Method (ECO541). Subjek ini tiada final exam.

👉 Econometrics (ECO541)
Subjek ini memberi pengenalan kepada basic Econometrics. Econometrics bermaksud ekonomi pengukuran iaitu mengukur sesuatu data matematik untuk mendapakan keputusan polisi ekonomi   Ia merangkumi topik mengenai linear regression dengan model tunggal dan multivariat, anggaran regression berganda dan ujian hipotesis yang digunakan dalam membuat keputusan perniagaan. Masalah dalam analisis regression akan dibincangkan secara ringkas. EViews software statistik akan digunakan di dlm subjek ini untuk assignment. Subjek ini byk kira-kira dan formula berlipat kali ganda banyak. Subjek ini ade relate sikit sikit Statistical Method (ECO541) dan Business Analytics (MGT555). Jadi jgn lah buang buku dua subjek ini ye. Kan takut lupa.

👉 Economics for Business and Management (ECO558)
Nama lama subjek ini ialah Managerial Economics (ECO556). Cuma ditukar nama shj, content still sama. Subjek ini menggabungkan teori ekonomi dengan alat matematik dan statistik dalam proses membuat keputusan. Ekonomi pengurusan memberi tumpuan kepada penggunaan prinsip-prinsip ekonomi mikro seperti penawaran dan permintaan, keanjalan, pengagihan sumber, diminishing returns, economies of scale dan strategi harga, sebagai alat analisis penting bagi pembuat keputusan pengurusan ekonomi. Subjek ini relate sikit-sikit dgn Econometrics (ECO541) terutama part regression yang akan digunakan dlm assignment menggunakan software EViews dan Intermediate Microeconomics (ECO539).

👉 Digital Marketing (MKT559), Digital Entrepreneurship (ENT550) dan Digital Workforce (UBM599)- 
Saya amik subjek Digital Workforce. Subjek ini meneroka trend baru persekitaran kerja digital melalui crowdsourcing. Pelajar akan didedahkan kepada konsep crowdsourcing, model perniagaan dan ekosistemnya. Pelajar akan mempunyai keupayaan untuk menggunakan pengetahuan dan kemahiran pelajar untuk menyelesaikan tugas crowdsourcing dari platform crowdsourcing dan menjana pendapatan. Mesti korang tak paham. Ok simple kan. Korang kene cari digital job dlm website freelancer.com, pastu korang kene bid resume pelbagai keje melalui website itu. Freelancer.com tawarkan pekerjaan bukan dlm Malaysia eh, tapi dari seluruh dunia keje tu dengan kemahiran dan skop bidang pekerjaan. Cth, ade sorang warga Australia offer job masukkan data finance dlm excel, korang kene buat pastu submit hasil keje tu kepada dia melalui pelbagai cara. Sekurang-kurangnya kene mendapat income RM250 ke atas. Biasanya nk dpt income senang sebab gaji yg dioffer semua dlm USD. Tapi nk bid tu susah, ikut nasib je dpt atau tk dpt sebab terlalu byk org bid keje tu. Subjek ini tiada final exam. Dua lagi subjek tiada lecture yg mengajar, jadi terpaksa amik subjek ini.


SEMESTER 5

Perincian subjek akan diterangkan pada masa hadapan

👉 English Exit Test (EET699)

👉 Strategic Management (MGT657)
Subjek ini mengintegrasikan fungsi bidang perniagaan yang telah dipelajari pelajar dalam semester awal penting dalam mendiagnosis situasi perniagaan dari sudut pandangan yang strategik. Subjek ini bermula dengan gambaran keseluruhan proses pengurusan strategik. Dlm tempoh pembelajaran, pelajar akan mempelajari secara terperinci isu berkaitan persekitaran luaran dan dalaman perniagaan, pernyataan misi, perumusan strategi, pelaksanaan strategi, penilaian strategi dan kawalan. Kursus ini membolehkan pelajar membangunkan pemikiran logik, membuat keputusan dan kemahiran kepimpinan yang kritikal untuk perniagaan atau kerjaya profesional mereka.


👉 Quantitative Research Methods (MGT646)

👉 Economics Issues and Policies (ECO649)

👉 Public Finance (ECO648)

👉 Enviromental Economics (ECO646)
👉 Principles of Interpersonal Communication (INC410) dan Food and Society (HTC666)-


SEMESTER 6

👉 Internship (MGT666)

Thursday, 8 March 2018

Selangkah ke Ijazah UiTM di UiTM Puncak Alam

            Assalamualaikum. Alhamdulillah, tanggal 27 Februari 2018, result penerapan ijazah keluar. Bersyukur dpt ijazah ekonomi perniagaan pastu dpt kat UiTM Puncak Alam. Pergh, 20 minit je ke rumah kat Kapar, Klang. Tak de susah-susah lagi duduk berjauhan dari keluarga spt sebelum ni diploma kat UiTM Machang. Naik bas, kan dah kos. Tapi dpt kat Puncak Alam, senang sikit hidup, dpt kerap balik rumah. Daftar kolej 3 Mac di Dewan Berlian. Pastu pengawai kaunter tu letak pelajar penerapan lelaki kat kolej Casuarina 2. Aku pun naik bas, memandangkan ibubapa tidak boleh membawa kereta ke kolej kediaman sebab elak jam tapi menyusahkan jugak kalau pelajar yg duduk jauh2. Naik bas nampaklah bangunan fakulti dan kolej lain2 spt kolej Rafflesia, Angsana dan Dahlia. Bangunan fakulti dan kelas jauh nk mampuihh ke kolej Casuarina. Memang terpaksa lah time kelas naik bas Rapid berharga RM1, lainlah rajin turun naik tangga kejayan yg paling femes di UiTM semalaysia. Tiba di kolej Casuarina, wow, cantik bangunan, ade lif, ade 9 tingkat, UiTM Machang pun tk de kolej cam ni. Daftar kaunter yg kedua pulak, JPK kolej letak lah aku kat tingkat 6. Nasib baik ade lif, dpt tingkat pun tk tinggi. Tingkat 1 - 4 diduduki oleh pelajar Antarabangsa. Nigeria, Zimbabwe, Bangla dan lain-lain lah kot.









             Sampai ke bilik aku bernombor C2601 iaitu Casuarina 2, tingkat 6, bilik bernombor 01. Masuk bilik je, aku sebut wowowowow. Sebelum ni UiTM Machang, 4 org satu bilik katil double decker. Tapi rumah di Casuarina mcm apartment. Ade 4 bilik, satu bilik dua katil. Jadi satu apartment 8 org. Perghh, bukan itu saja. Ade pulak modem wifi kat bilik tu. Kalau lelaki mula lah kimochi2 dia tu, anime, main game online guna wifi. Mahu lembab gile wifi tu. Tandas pulak ok dan besar jugak. Tapi ade dua tandas je. Kene jika dua org mandi, 6 housemate lain kene lah tunggu. Lebih baik korang doa dpt housemate yg tak mandi lama. Hehehe. Lepas aku check in kolej, aku balik jap rumah kat Kapar. Dekat je. Keesokannya pulak, aku kene daftar pengesahan akademik kat Dewan Berlian. Budak2 Faculty Business Management (FBM) kene daftar akademik kat DB. Yg kos lain2 daftar di Fakulti. Itupun sebab FBM terlalu byk kos sampai 15 kos kat situ. Power kan FBM. Aku daftar kene bagi borang-borang dan semua dokumen pengawai tu nak. Pastu aku ambik surat pengecualian kredit (akan diceritakan di entries seterusnya) dan kene aktifkan status pelajar. Pd malam tu, aku decide tak balik dan officially aku first time sleep di kolej Casuarina 2 tu. Dpt roomate yg baik dan ok. Dua housemate kos kulinari, sorang kos hotel management, sorang kos entrepreneurship, sorang kos accountancy dan dua lagi kos finance. Semua asal Selangor dan KL except sorang my friend kos entrepreneur dari Sarawak. Perghh, aku tanya dia tak susah ke duk jauh, dia ckp dah biasa.







            Pd hari seterusnya 5/3, aku dan member2 aku kena hadir pulak taklimat pengecualian kredit kat bangunan Fakulti. Pengecualian akan diceritakan di entries seterusnya. Bangunan kolej ke Fakulti sangat lah jauh. Kena naik bas rapid yg berharga RM1, alhamdulillah, murah jugak tu tapi lagi bagus kalau ade kad rapid. Diskaun sampai 40sen je kalau bergerak dlm UiTM. Tapi ade jugak pelajar yg rajin naik tangga kejayaan UiTM. Biasanya pelajar perempuan. Keesokkan harinya, baru official start kuliah. Naik lah bas ulang alik dari kolej ke bangunan Fakulti. Berbeza dgn diploma, byk lecturer yg ajar adalah profesor dan doktor falsafah. Dorang memang ilmu tinggi, jgn harap nk dpt soalan senang mcm diploma dulu2. Kdg2 dorang pun tak kisah kau tak masuk kelas ke kau ponteng ke tapi kalau kau fail jumpa lagi di semester seterusnya.  Alhamdulillah kelas pertama aku adalah TAC501 iaitu Bahasa Arab Level 3. Bahasa Level 1 dan 2 dah diambik time diploma dan just aku hanya continued to level 3 shj. Kos BA250 masa tu hanya dua kelas je dibuka BA2502A dan BA2502B, itu pun kelas lima org je. Jadi dpt lah kenal semua budak perempuan dlm kelas tu. Kebetulan pulak aku class rep. Adoii, aku dah jadi class rep selama 5 sem masa diploma. Ingat nk bersara, tiba2 koordinator BA250 lantik aku jadi class rep. Hmm, muka ade kepimpinan kot. Haha.



Dewan Berlian. Daftar penerapan dan kolej kat sini. Disini juga akan menjadi dewan peperiksaan. Siapa dpt sini habis lah. Lebih2 lagi kolej yg duk jauh. Yg untung Fakulti AD dan AP.

Bergambar di Dewan Berlian.

Bangunan Fakulti Art & Design dan Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur. Atau nama lain Fakulti Alam Bina. Dkt je dgn Dewan Berlian.


Usha2 jap. Inilah Bangunan Kolej Zamrud dan Baiduri. Cantik kan. Kolej Zamrud adalah utk lelaki manakala Kolej Baiduri adalah utk wanita. Khusus utk pelajar Fakulti AD dan AP.

High rise. Saya dpt sini. Kolej Casuarina. Tapi ni blok C1. Saya punya blok C2 di sebelah kanan je. Tingginya, jgn risau ade lif yg gerak dari tingkat 2 ke tingkat 9. Kafeteria yg paling terdekat dgn kolej ni adalah kafeteria kolej angsana dan jauh je sedikit kafe kolej Rafflesia. Kolej Casuarina shj yg takde kafe. Yg kolej lain ade. Pernah ade cadangan nk bina kafeteria khas utk kolej Casuarina. Hmm, tapi tk tahu bila.

Malu. Pintu bilik Kolej Casuarina. Ade modem WiFi setiap bilik.

Wow. Ade 4 bilik. Satu bilik ade 2 katil, dua meja yg berlampu, dua rak buku, dua kerusi belajar dan dua locker almari.

Bersih. Bilik air. Tandas ade dua dlm bilik air. Tempat buang air dan mandi shower kongsi satu tandas. Korang nk jemur baju pun kat dlm bilik air jugak.

Goodnight. Pemandangan dari tingkat 6 Kolej Casuarina pd waktu malam.

Nyaman. Landskap pemandangan Kolej Casuarina di tingkat 6. Di depan gambar kanan adalah Kolej Casuarina 1. Dibahagian tengah bawah adalah pdg bola sepak. Belah pdg bola sepak kiri sedikit adalah Surau Ibnu Sina. Di bawah gambar kiri adalah court tennis. Di hujung belah kiri, itu kolej Casuarina 3. Manakala dibelakang sekali, itu kolej Angsana yg diduduki oleh pelajar lelaki di beberapa blok dan pelajar perempuan di blok tertentu.


Penat. Inilah tangga kejayaan a.k.a tangga maut. Lainlah korang rajin naik tangga ni. Aku naik bas je. Gambar ni ke atas menuju ke kolej. Kolej yg paling dekat dgn tangga ni adalah Kolej Rafflesia.


Bila nk sampai ni. Tangga kejayaan menurun ke Plaza Satellite B. Disini tempat terletaknya Food Court, kedai photostat, kedai runcit lain2 kemudahan. Dibelakang bangunan yg tinggi tu adalah bangunan FSK6/FPP2. Disitu kelas-kelas kuliah utk pelajar sains kesihatan dan pengurusan perniagaan.

Cahaya ke syurga dekan. Koridor kelas Bangunan FSK6/FPP2. Tak silap aku ni tingkat 13. Lepas tingkat 13 adalah bilik pensyarah dan pejabat HEP.

Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR). Cantik kan. Bentuk bulat. Disini memang antara tempat hotspot org tangkap gambar.
Berderet. Landskap bhg kiri dari tingkat 13 Bangunan FSK6/FPP2. Dibahagian depan bangunan sehingga ke hujung kiri adalah bangunan Fakulti Pendidikan, Pejabat Rektor dan Fakulti Farmasi. Bangunan yg berderet sebelah kiri Plaza Satellite B itu adalah bangunan Fakulti Hotel dan Pelancongan, Fakulti Perakaunan dan Fakulti Pengurusan Perniagaan. Plaza Satellite B, tangga kejayaan dan Kolej Rafflesia boleh dilihat di sebelah hujung kanan.
Kemas. Ini bilik Kolej Casuarina lelaki. Kemudahan yg serba lengkap dan selesa.
Ini kalau tak bukak lampu siling. Hanya bukak lampu meja sudah menerangi bilik dah. Sangat bagus bila sorang kawan tu tidur, sorang lagi nk buat assignment.
Woahh. UiTM Puncak Alam ditangkap menggunakan drone dari atas. Boleh nampak Fakulti Alam bina di hujung belah kanan. Sumber : Google Image

Cold. Jangan terkejut gais, ni bukan Cameron Highlands. Gambar ni diambil oleh saya di kolej Casuarina C4 sebelum dan selepas. Fenomena kabus satu perkara biasa di UiTM Palam ni.  Selalunya berlaku pada waktu pagi2 buta, subuh dan boleh berlarutan sehingga jam 11 pagi. Mcm mana boleh berlaku fenomena ini? Tengok caption video seterusnya.  




Sebab kawasan UiTM Puncak Alam berbukit bukau. Kawasan kolej dan bangunan fakulti shj akan mengalami fenomena ini sebab ia terletak di kawasan bukit, kalau korang berada di pintu pagar, memang tak de kabus sebab berada di kawasan tanah rata. Nanti boleh capture gambar dan buat fake melancong yang korang berada di London. Haha.



Friday, 2 March 2018

Cara Mohon Transkrip Akademik dan Surat Pengesahan Tamat Pengajian UiTM

Teknik permohonan Transkrip dan Surat Tamat Belajar

Walk-In tu basically hanya untuk hantar borang kat Bahagian Pengurusan Rekod Pelajar dan Konvokesyen sahaja. Proses akan memakan masa dalam lebih kurang 5 hari. Selepas itu barulah datang semula dan boleh ambil semua dokumen kat sana.
Permohonan Online juga memakan proses 5 hari juga. Cuma semua dokumen akan dihantar melalui post (jangka masa untuk terima bergantung kepada jenis post yang digunakan). Kepada yang tidak memerlukan dokumen tersebut dalam jangka masa terdekat bolehlah gunakan cara ini.

Langkah Membuat Permohonan Online


1. GENERATE BILL DAN BAYAR PADA BENDAHARI

Untuk janaan bil ni korang kena tahu korang nak ambik transkrip tu nanti by hand, pos dalam atau luar Malaysia.
Harga yang dikenakan
  • by hand : RM10
  • by post  : RM15
Jika anda memilih untuk mengunakan post pembayaran boleh dibuat melalui pergi ATM atau online banking Bank Islam. (Sila simpan slip pembayaran)
Klik SINI untuk mohon JANA BIL TRANSKRIP RASMI anda. Sila isi maklumat pemohonan transkrip anda di link tersebut

Bil akan dijana pada setiap hari Selasa & Jumaat.

   ANDA MOHON PADA HARI
   BIL AKAN DIJANA PADA HARI
ISNIN
SELASA
SELASA
JUMAAT
RABU
JUMAAT
KHAMIS
JUMAAT
JUMAAT
SELASA
SABTU
SELASA
AHAD
SELASA
**nanti Bendahari akan email lepas bil anda dah dijana

Selepas ikuti jadual di atas, klik SINI untuk semak bil anda di Portal Pelajar.
atau lebih mudah, copy link di bawah, kemudian tambah nombor id pelajar anda dihujung link tersebut

Lepastu pergi bayar kat ATM atau melalui Bank Islam online banking untuk tahu cara bayar bil melalui ATM Bank Islam, boleh click SINI. Untuk tahu cara bayar bil melalui Bank Islam online banking (www.bankislam.biz), boleh click SINI

2. DOWNLOAD DAN ISI BORANG

Anda boleh dapatkan borang di website Rekod dan Konvokesyen UiTM

Borang yang Perlu di Download :
  1. Borang Permohonan Transkrip
  2. Borang Pengesahan Pelajar
Selepas itu isi kedua-dua borang ni. Borang tersebut adalah dalam format PDF. Anda boleh guna Adobe Acrobat Reader DC dan klik pada Fill & Sign. Selepas itu isi seperti biasa.
Pastikan anda  isi and tick betul-betul pada bahagian POS atau AMBIL SENDIRI.

3. EMEL KEPADA PEGAWAI BERTUGAS


Anda boleh semak pegawai yang bertugas untuk fakulti anda dan kenalpasti siapa pegawai yang incharge melalui pautan dibawah.


Anda perlu e-mel kepada pegawai bertugas tersebut borang mohon transkrip, surat pengesahan dan attached sekali slip bayaran.
Contoh e-mail:
To : norazmah5038@salam.uitm.edu.my
Subject : Permohonan Transkrip dan Surat Pengesahan Pelajar
Assalamulaikum dan salam sejahtera. Saya Haziq (2013444444) pelajar daripada Fakulti Pengurusan Perniagaan ingin membuat permohonan transkrip akademik dan surat pengesahan tamat pengajian.
Cara tuntutan : Pos

Saya turut lampirkan :
1) Borang permohonan transkrip
2) Borang pengesahan pelajar
3) Slip bayaran

Terima kasih.
Haziq (019-3506055)


Lebih selamat jika anda boleh telefon pegawai bertugas inform yang anda sudah menghantar emel dan mohon proses.


3. TAMAT



Ijazah Sarjana Ekonomi UiTM / Degree in Economics UiTM (BA250)

             Assalamualaikum semua. Alhamdulillah, dpt kembali mengemaskini blog sebab sebelum ni sgt lah sibuk dgn kolej dan pelajaran. Kal...